Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu: 1) Program tersebut semata-mata bersifat agihan dan tiada usaha untuk mencambah ekonomi; 2) Subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali; serta 3) Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat perbandingan terperinci dengan mendalami Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk meneliti kritikan-kritikan tersebut. Secara kesimpulannya, KPRU berpendapat bahawa ketiga-tiga hujah yang menjadi asas kritikan ISIS adalah songsang dan tidak berasas.
Orang Pembangkang Berkata (PAS)
Untuk membuat perbandingan, nisbah hutang isi rumah dan hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Greek, Itali dan Malaysia telah diberikan seperti yang berikut:
Definasi bankrupsi bagi sesebuah kerajaan adalah apabila hutang kerajaan tersebut telah melepasi KDNK (nisbah melebihi 100%) dan tidak mampu menjelaskan hutang bon. Greek berada dalam risiko bankrupsi apabila pemegang bon bimbang bahawa kerajaannya tidak dapat menjelaskan hutang bon bernilai AS$23 bilion yang matang pada April dan Mei 2010.
Situasi Malaysia jauh berbeza berbanding dengan situasi Greek. Hutang kerajaan Malaysia berada pada paras 53.7%, manakala hutang Greek dan Itali mencecah 126.8% dan 116% masing-masing. Penambahan RM19.2 bilion ataupun 3.68% daripada KDNK tersebut tidak akan mengakibatkan Malaysia muflis.
Lagipun, punca utama krisis hutang Greek adalah disebabkan korupsi dan rasuah, yang mana juga diperakui oleh Perdana Menterinya George Papandreou. Dalam Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan Greek adalah pada tangga ke-78, lebih teruk daripada Malaysia yang menduduki tangga ke-56.
Maka kita boleh menyatakan bahawa, walaupun tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan Malaysia adalah semakin teruk, tetapi adalah kurang bertanggungjawab jika kita membuat kesimpulan secara tergesa-gesa bahawa Malaysia akan muflis jika melaksanakan pakej 100-hari tersebut yang hanya akan membelanjakan RM19.2 bilion. Lebih-lebih lagi, seperti apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen UMNO Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, kerajaan BN masih gagal menjelaskan ketirisan dan kebocoran berjumlah RM28 bilion yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan. Jika RM28 bilion ketirisan ini dapat dijimatkan, kerajaan masih dapat menikmati lebihan sebanyak RM8.8 bilion selepas pelaksanaan Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Pendapat
- Kedua-dua pihak bercakap pasal hutang
- Satu pihak dah buat hutang maka satu pihak lagi bercadang nak tambah hutang
- PAS nampaknya seperti memuji UMNO dalam indek persepsi rasuah dan paras KDNK
- UMNO agak seperti gusar terhadap Program 100 hari.
Sebenarnya kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu mendahulukan rakyat, ingin memberi kemakmuran, kedua-dua parti dipelopori oleh Melayu (Islam). Apakata anda bersatu, berdamai dalam diam demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu..
No comments:
Post a Comment