Banyak barang nak naik harga lagi ker.. Dari minyak petrol, gula , bawang, dan minyak masak mungkin mengalami perkara yang sama.
Apa FOMCA buat untuk perkara ini, perlindungan apa yang mereka ambil untuk mengawal harga barangan dari membebankan pengguna..
Visi dan Misi (klik perkataan tersebut) mereka sangat hebat....
Adakah pengguna terlindung oleh persatuan ini... Mereka bercakap seperti ahli politik..bukan seperti persatuan yang membela.
Betul ker mereka buat kerja melindungi pengguna...
Mereka cuma keluarkan kenyataan seperti ini - Klik Disini FOMCA mahu kerajaan telus tangani masalah
Buat kerja bukan setakat buat kenyataan dalam akhbar..
Mesti sertakan dengan tindakan susulan...FOMCA hanya banyak keluarkan kenyataan mendidik pengguna, habis, mana tindakan melindungi pengguna dari kenaikan harga barangan yang tidak seragam dengan pendapatan...Apakah FOMCA tahu pengguna terbanyak dalam Malaysia adalah orang Melayu, oleh itu orang Melayu bukan sahaja memerlukan perlindungan dari kenaikan harga barang, juga kualiti barang dan yang paling penting adakah mereka juga memastikan keperluan Halal oleh orang Islam. Pastinya mereka menjawap itu pulak tanggungjawap JAKIM...
N.Marimuthu perlu beraksi seperti hero persatuan yang menjaga, bukan seperti hero atas pentas semata-mata.Jangan cakap tak serupa bikin..
No comments:
Post a Comment