Gambar - Ummi Hafilda
Ummi Hafilda mohon maaf kepada Dr. Mahathir di atas kebiadapan abangnya Azmin. Ini adalah kerana dikatakan Azmin telah mengucapkan kata-kata biadap kepada Tun Mahathir;
Ungkapan yang dikatakan biadap itu adalah seperti ini "Orang Yang Tersungkur"Ummi Hafilda menyatakan permohonan maafnya melalui Mingguan Malaysia, 23 Januari 2010. Ummi Hafilda menyatakan permohonan maaf tersebut mewakili ibu dan kakak-kakaknya.
Hallo...
Hallo...
Hallo...
Senang betul nak mintak maaf. Publish aje kat mana-mana.
Kenapa tak tampal kat tiang lampu atau kat stesen bas aje.
Sia-sia adap meminta maaf yang diajar oleh junjungan besar SAW.
Hallo...
Hallo...
Hallo...
Beradap sangat ker awak tu dengan cara meminta maaf begitu.
Beradap sangat ker awak dengan mengata darah daging sendiri seperti ini:
"Perbuatannya seperti Yahudi"awak katalah macamana pun dia tetap darah daging awak, orang ramai tahu, darah yang mengalir itu juga darah yang sama dengan awak.
Lupa kah awak dengan bidalan;
"Tepuk air dalam dulang tetap akan terpercik kemuka sendiri"Motif awak dalam politik telah menghebohkan kekeruhan dalaman keluarga, merosakkan reputasi keluarga awak.
Awak bayangkan betapa malunya keluarga awak ketika ini.
Semakin awak hebohkan semakin benci orang ramai mendengar masalah dalaman keluarga awak.
Jangan hanya menyalahkan abang awak, pandanglah kebelakang, seluruh ahli keluarga awak, fikirkan apa yang merosakkan hubungan keluarga awak sebenarnya.
Wang, kuasa, pangkat, dunia, akhirat....
Fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment