"Mana-mana yang hak kita perlu jaga dengan baik. Melayu tidak minta lebih, cuma apa yang kita ada kena jaga. Kita sudah ada rumah, bukan kita nak minta rumah baru yang besar. Cuma kita jaga rumah itu supaya tidak bocor". ( Sultan Sharafuddin Idris Shah)Sultan Sharafuddin, sultan Selangor menyatakan perasaannya terhadap isu mencuit hak Melayu. Adakah benar bangsa bukan Melayu sangat berani untuk mencuit hak Melayu? Siapa mereka sebenarnya? Mengapa mereka jadi berani untuk mengugat hak Melayu? Pastilah ada dalang dibelakang mereka, jika tidak takkan NameWee pun begitu berani. Pendapat saya adalah tentu dibelakang mereka adalah bangsa Melayu sendiri yang mempunyai agenda untuk berkuasa. Orang Melayu bertelagah hanya kerana kuasa, semua mahu memerintah. Betul, bangsa Melayu perlu terus memerintah, tapi dimana kekuatannya, kerana bangsa telah berpecah-belah, ugama sudah tidak jadi panduan lagi. Dimana tapak penyatuan sebenar bangsa Melayu sebenarnya, UMNO menyatakan orang Melayu perlu bersatu atas dasar bangsa, PAS pula meletakkan Islam sebagai dasar penyatuan dan PKR pula mendefinasikan Melayu boleh berkongsi dengan siapa sahaja.
Sultan bertitah orang Melayu bukan nak lebih, cuma nak menjaga kuasa yang ada jangan lepas.
"Jika tidak tahu adab, belajar dan bergaul dengan orang Melayu lebih lama. Kenali hati budi mereka. Orang Melayu bangsa yang saya kenali amat lembut dan beradap sopan. Namun, jangan ambil kesempatan atas 'kelemahan' tersebut. Nilai-nilai Islam telah menyantuni mereka. Itulah yang menjadi mereka dapat memberi dan menerima, sehingga terlalu banyak memberi, sedikit sahaja yang diterima". (Dr. Mohd Ridhuan Tee)Jika dilihat dari kata-kata Dr.Ridhuan Tee diatas, orang Melayu adalah satu bangsa yang lemah, terlalu bersantun, tak suka menyakiti bangsa lain, hingga terlalu banyak memberi apa orang lain minta. Pemimpin Melayu yang berkuasa untuk memberi, bukan bangsa Melayu, terpulang kepada mereka berfikir demi ketuanan Melayu. Jangan hanya bangga jadi tuan manager tapi hakikatnya cuma makan gaji..
"2 perkara yang menyebabkan orang Melayu lemah dan dikuasai kaum lain ialah rasuah dan pemborosan" (S.M Idris, Presiden CAP)Orang Melayu suka ambil rasuah, begitulah maksud S.M Idris, Presiden CAP (Adakah ini puncanya orang Melayu sibuk berlawan hendak dapatkan kuasa).. Mengapa begitu? Kerana kuasa ditangan orang Melayu Apa sahaja urusan penguatkuasaan atau perundangan yang melibatkan peraturan atau perlesenan dalam negara Malaysia dikuasai oleh orang Melayu. Maka orang Melayu pun terdedah dengan masalah ini. Ketika menjadi penguatkuasa mereka hanya orang Melayu, Islam sudah hilang kerana wang. Belajar lah dari sejarah, dimana orang Melayu adalah tali barut penjajah, memberi maklumat untuk membunuh bangsa sendiri hingga negara ini dijajah beratus tahun lamanya. Hilang jati diri, hingga kelihatan seperti tiada zaman ketamadunan Melayu, cuma yang akhir diingati adalah sejarah Hang Tuah, selepas itu tiada lagi. Melayu mula memakai kot, bertali leher dan bercakap dalam bahasa asing dan hingga kini dalam negara sendiri pun ada yang tak tahu berbahasa Melayu...Waa tak tau...