Salam hari raya..2 syawal TPM mengumumkan sastera Inggeris akan dimasukkan sebagai mata pelajaran, soal bahasa malaysia pun belum selesai, mana janji '1 Bahasa Malaysia'...Rais Yatim sedang sibuk memartabatkan Bahasa Malaysia, TPM dah canang cerita baru..adakah ini hasil dari kaji selidik penambahbaikan mata pelajaran BANGSA MALAYSIA..baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat yang diwakili oleh semua wakil dari parti komponen. Nak naikkan banner pun berbalah sebab masing-masing mahukan bahasa ibunda diletakkan diatas banner tersebut..dan paling menghairan ada wakil tersebut mengatakan "Orang tua-tua tak paham dengan Bahasa Malaysia"..wah sebelum nih orang tua-tua tersebut tinggal dimana yer..ini baru hal bahasa, apa lagi hal yang lebih besar yang melibatkan perundangan..adakah hak ketuanan di Malaysia ini jelas..
Bahasa melambangkan ketuanan di sesebuah negara, bukan sahaja setakat disekolah tetapi ia digunakan secara menyeluruh dalam segala urusan. Lihat contoh kepada Jepun, Korea, China, negara-negara arab, U.S.A, Perancis, U.K, Jerman, Russia dan banyak negara lain. Mereka membina tamadun dengan bahasa sendiri. Adakah pemimpin Malaysia merasa tidak mampu untuk membina tamadun dengan Bahasa Melayu.
Bukankah pembinaan tamadun bangsa adalah melalui kehebatan mereka mempertahankan Bahasa, kerana jika terkubur bahasa maka lenyaplah bangsa...
Adakah ini idea dari mereka yang dihantar belajar ke luar negara (Maaf bukan bermaksud semua) lalu membawa balik ideologi sumbang-sonsang untuk bangsa sendiri..
aku hanya mempertahankan bahasa ibunda ku...